Terokai pelbagai destinasi menarik di Saudi

Orang ramai berpeluang melihat pelbagai destinasi menarik di Arab Saudi.
Orang ramai berpeluang melihat pelbagai destinasi menarik di Arab Saudi.
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi telah memperkenalkan platform 'Nusuk' kepada rangkaian perniagaan di Malaysia untuk menguruskan jemaah yang mengunjungi Makkah dan Madinah.

Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi dalam satu kenyataan berkata, sesi itu dihadiri oleh beberapa wakil daripada sektor swasta termasuk agensi perjalanan dan umrah dari kedua-dua negara.

Menurutnya, mereka turut membincangkan cabaran, meneroka penyelesaian, menyelaras peluang unik dan memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh rakan kongsi kepada jemaah serta pengunjung di Malaysia.

“Perkhidmatan ini ditawarkan kepada 200 rakan kongsi yang diiktiraf iaitu merangkumi penerbangan, penginapan, pengangkutan, pelbagai perkhidmatan logistik, dan organisasi program serta lawatan pelancongan.

“Arab Saudi berhasrat untuk menerima 30 juta jemaah umrah dari seluruh dunia pada tahun 2030, selaras dengan matlamat visi 2030.

“Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi akan menganjurkan pameran interaktif yang unik dari 28 Ogos hingga 1 September 2024 di IOI City Mall, Putrajaya,” katanya pada Selasa.

Wakil dari Malaysia dan Arab Saudi membincangkan cabaran, meneroka penyelesaian, menyelaras peluang unik, dan memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh rakan kongsi kepada jemaah serta pengunjung di Malaysia.
Wakil dari Malaysia dan Arab Saudi membincangkan cabaran, meneroka penyelesaian, menyelaras peluang unik, dan memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh rakan kongsi kepada jemaah serta pengunjung di Malaysia.

Sementara itu, menurut Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi, pameran tersebut akan menampilkan pengalaman realiti maya (VR) kepada pengunjung yang hadir bagi melihat pelbagai koleksi sejarah Islam yang luar biasa.

Artikel Berkaitan:

Terdapat gerai khas untuk 10 syarikat yang diiktiraf oleh Nusuk untuk memperkenalkan dan menggalakkan pengunjung menunaikan umrah serta melawat Madinah.

“Kami ingin memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka pelbagai destinasi di Saudi dan mempelajari tentang keramahan serta kemesraan masyarakat tempatan selain berpeluang untuk menetap di sana selama 90 hari setahun,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi berkata, sebanyak 66 negara termasuk Malaysia kini boleh membuat permohonan visa lawatan elektronik melalui platform 'Visit Saudi'.

Tambahnya, inisiatif tersebut bertujuan untuk mengautomasi prosedur ketibaan bagi menunaikan umrah, melawat masjid dan Raudah dengan syarat janji temu diperoleh melalui aplikasi Nusuk.

“Kami menawarkan jemaah pengalaman rohani yang luar biasa sepanjang tahun, kecuali semasa musim haji,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!