Kerjasama Malaysia, Singapura buka peluang pekerjaan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerjasama Malaysia dan Singapura dalam bidang-bidang tertentu berpotensi membuka peluang pekerjaan yang baik untuk masyarakat kedua-dua negara.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, ekonomi digital, kecerdasan buatan (Ai), kelestarian dan perubahan iklim adalah sebahagian bidang baharu yang mampu meneruskan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Singapura dan Malaysia sedang membincangkan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Saya tidak ragu bahawa JS-SEZ akan merangsang pelaburan dan mencipta peluang pekerjaan yang baik untuk rakyat kita,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian dalam sebuah majlis resepsi untuk meraikan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-59 dengan menonjolkan pertemuan antara sejarah dan kemodenan di negara itu.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan wakil-wakil kerajaan, sektor swasta rakyat Malaysia dan Singapura yang menetap di negara ini serta ahli-ahli korporat diplomatik.

Tambah Vanu Gopala, kedua-dua pihak juga perlu bekerja keras untuk meningkatkan kerjasama terutama selepas pengumuman pelancaran perkhidmatan baharu Sistem Transit Pantas Johor Bahru-Singapura (RTS).

Menurutnya, sistem RTS itu adalah dari Changi ke Subang pada September dan Changi ke Melaka pada Oktober ini.

Artikel Berkaitan:

“Sistem RTS yang sangat dinanti-nantikan ini sedang mencapai kemajuan yang baik dan dijangka siap menjelang akhir tahun 2026,” tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!