SPRM tahan ahli lembaga pengarah disyaki kemuka butir matan palsu RM500,000

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian, yang disyaki mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM500,000.

Menurut sumber, individu bergelar Datuk berusia lingkungan 40-an, ditahan kira-kira jam 4.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

"Suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut sekitar awal tahun 2020 bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM500,000 daripada sebuah bank pertanian, bagi tujuan membiayai kos tetap dan operasi penanaman ubi kayu dan pisang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan individu itu dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas diambil keterangan. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!