Misteri jutaan 'ikan terbang' pada waktu malam

Kemunculan jutaan ikan di pesisir pantai mencetuskan pelbagai spekulasi dan ada yang mengaitkannya dengan petanda gempa besar dan tsunami.
Kemunculan jutaan ikan di pesisir pantai mencetuskan pelbagai spekulasi dan ada yang mengaitkannya dengan petanda gempa besar dan tsunami.
A
A
A

TASIKMALAYA - Kemunculan jutaan ikan di pesisir pantai mencetuskan pelbagai spekulasi dan ada yang mengaitkannya dengan petanda gempa besar dan tsunami.

Kejadian 'ikan terbang' itu dilaporkan di sepanjang pantai Selatan Priangan Timur dan Pantai Cipatujuh, Kabupaten Tasikmalaya, Jawa Barat di Indonesia pada minggu lalu.

Ia turut menjadi tular di media sosial setelah ada rakaman video pada waktu malam itu memaparkan sekumpulan penduduk cuba menangkap 'ikan terbang' berkenaan.

Dalam rasa seronok dengan rezeki berlimpah-limpah, timbul juga rasa takut jika bencana lebih dahsyat bakal berlaku.

Rakaman video memaparkan penduduk setempat seronok menangkap ikan terbang itu turut menjadi tular di media sosial. - Foto Agensi
Rakaman video memaparkan penduduk setempat seronok menangkap ikan terbang itu turut menjadi tular di media sosial. - Foto Agensi

"Bukan hanya di pesisir Cipatujah, ia turut terjadi di sepanjang pesisir Pangandaran, Tasikmalaya hingga ke Santolo, Garut," kata wakil Himpunan Nelayan Seluruh Indonesia (NHSI) Kabupaten Tasikmalaya, Jawa Barat, Dedi Mulyadi pada Selasa.

Menurutnya, fenomena pelik seperti itu adalah perkara biasa, namun tidak 'sebanyak' yang dirakamkan memandangkan ia berlaku ketika musim kemarau panjang.

"Ada mula khuatir jika ia mungkin memberi amaran awal tentang fenomena aneh lain di dasar laut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Pada 2020, Ketua Bidang Mitigasi Gempa dan Tsunami (BMKG), Daryono pernah menyatakan fenomena ikan naik ke darat bukan petanda akan berlaku gempa.

"Ramalan sedemikian adalah tidak benar sama sekali," ujarnya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!