Ekonomi makin baik, restoran penuh nak makan pun susah

Untuk duduk di meja makan perlu berdiri dan meninjau tempat kosong terlebih dahulu sebelum dapat duduk. Gambar hiasan.
Untuk duduk di meja makan perlu berdiri dan meninjau tempat kosong terlebih dahulu sebelum dapat duduk. Gambar hiasan.
A
A
A

INI adalah pengalaman Merak Jalanan pada minggu lepas ketika berkunjung ke sebuah pasar raya terkemuka di Shah Alam.

Untuk parkir kenderaan, Merak Jalanan perlu menunggu agak lama kerana tiada tempat meletak kenderaan yang kosong.

Apabila memasuki pasar raya kira-kira jam 4 petang, memang ramai orang. Ada yang sedang membelek barang-barang, menolak troli, beratur di kaunter bayaran dan macam-macam lagi urusan dilakukan.

Untuk duduk di meja makan pula, Merak Jalanan perlu berdiri dan meninjau tempat kosong terlebih dahulu sebelum dapat duduk.

Ketika berbual dengan beberapa jurujual di sebuah kedai makanan dan minuman, mereka turut mengakui yang suasana sebegitu dilihat sejak akhir-akhir ini.

Hasil jualan mereka juga meningkat mungkin disebabkan kuasa beli rakyat yang semakin baik.

Bagi Merak Jalanan, ia adalah manifestasi bahawa ekonomi kita makin positif dan orang ramai tidak bimbang untuk berbelanja.

Ada yang kata ketika itu kakitangan kerajaan sudah menerima gaji menyebabkan pasar raya penuh sedemikian rupa.

Artikel Berkaitan:

Ada benar dan tidak juga kerana bukan semua rakyat Malaysia kakitangan kerajaan. 24 hari bulan ketika itu kebanyakan syarikat swasta masih belum membayar gaji.

Harapan Merak Jalanan cuma satu. Ekonomi kita bertambah baik, ringgit makin kukuh supaya rakyat dapat hidup dengan selesa.

Peniaga pun gembira apabila rakyat berbelanja dan hasil rantaiannya akan menguntungkan negara kita juga akhirnya.

Dan yang paling penting keperluan rakyat seperti harga makanan keperluan berada paras yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat secara keseluruhannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!