Ronaldo bakal terima anugerah khas daripada UEFA

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo akan menerima anugerah khas daripada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dalam majlis undian peringkat Liga Juara-Juara pada Khamis sebagai mengiktiraf pencapaiannya yang telah memecahkan rekod dalam kejohanan tersebut.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan 140 gol daripada 183 penampilan untuk Manchester United, Real Madrid dan Juventus.

Dia juga merupakan penjaring terbanyak dalam tujuh musim, termasuk rekod 17 gol pada 2013-14 dan merupakan satu-satunya pemain yang menjaringkan gol dalam tiga perlawanan akhir.

Pemain berusia 39 tahun itu, yang kini bermain di Al-Nassr Arab Saudi, adalah pemain pertama memenangi kejuaraan sebanyak lima kali, sekali bersama United dan empat kali bersama Real.

"Cristiano Ronaldo adalah salah seorang bintang paling menyerlah di Liga Juara-Juara UEFA.

“Pencapaian luar biasa menjaringkan golnya dalam pertandingan itu memberikan cabaran yang luar biasa untuk diatasi oleh generasi akan datang.

"Kecemerlangannya yang berterusan di peringkat tertinggi adalah bukti usahanya yang gigih. Selama lebih dua dekad, dia terus berkembang mengekalkan semangat untuk menjaringkan gol dan meraikan gol.

"Profesionalisme, etika kerja, dedikasi, dan keupayaannya untuk menyinar di pentas terhebat adalah kualiti yang harus dicontohi oleh pemain bola sepak di mana-mana sekali pun," kata presiden UEFA, Aleksander Ceferinn.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!