Tanah jerlus: SAR hari keenam tumpu pencarian di kawasan kejadian

SAR seorang warganegara India yang merupakan mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di Kuala Lumpur diteruskan pada Rabu. Foto Bernama
SAR seorang warganegara India yang merupakan mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di Kuala Lumpur diteruskan pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja operasi pencarian seorang warganegara India yang merupakan mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini diteruskan pada Rabu.

Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keenam dilaksanakan pada pagi ini.

Kata kenyataan itu, kerja-kerja SAR pada malam Selasa telah ditangguhkan ekoran hujan lebat.

"Pada pagi ini, pasukan SAR akan meneruskan kerja-kerja pencarian mangsa dengan memberikan tumpuan di kawasan kejadian.

"Pada masa yang sama, kerja-kerja Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi penilaian integriti tanah di laluan saluran kumbahan akan diteruskan dan dijangka selesai pada hari ini," kata kenyataan itu pada Rabu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!