Pendidikan pencegahan rasuah, integriti bermula dari sekolah

Nurhayati (duduk, tengah) bersama Sebahagian pelajar dan guru MRSM Pengkalan Hulu yang menyertai program Jelajah Antirasuah anjuran bersama Mara dan Rasuah Busters pada Selasa.
Nurhayati (duduk, tengah) bersama Sebahagian pelajar dan guru MRSM Pengkalan Hulu yang menyertai program Jelajah Antirasuah anjuran bersama Mara dan Rasuah Busters pada Selasa.
A
A
A

GERIK - Pendidikan mengenai pencegahan rasuah dan nilai integriti perlu bermula dari peringkat sekolah bagi membentuk generasi muda yang bebas rasuah.

Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Shahariman Abd Rahman berkata, ini kerana usaha membentuk kesedaran berhubung perkara itu adalah lebih mudah dilakukan pada peringkat pelajar berbanding mereka yang sudah dewasa.

Shahariman
Shahariman

"Pendedahan secara awal akan memberikan mereka ruang menilai jenis pelakuan yang menjurus kepada rasuah dan kesannya kepada masyarakat dan negara.

"Kalau dahulu, mungkin bagi mereka rasuah ini berlaku dalam ruang lingkup kerja sahaja, tetapi sekarang mereka boleh melihat dan mentafsir rasuah melalui sudut pandangan yang berbeza sekali gus mengelak daripada terjebak," katanya ketika ditemui Sinar Harian dalam program Jelajah Antirasuah di MRSM Pengkalan Hulu di sini pada Selasa.

Program disertai lebih 800 pelajar dan guru MRSM Pengkalan Hulu itu turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Unit Integriti Mara, Haznita Hashim dan Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin.

Pelajar perempuan MRSM Pengkalan Hulu menunjukkan sokongan terhadap pelaksanaan program Jelajah Antirasuah.
Pelajar perempuan MRSM Pengkalan Hulu menunjukkan sokongan terhadap pelaksanaan program Jelajah Antirasuah.

Program usaha sama Mara dan Rasuah Busters itu meneruskan siri jelajah di Perak bermula di MRSM Pengkalan Hulu, MRSM Gerik dan MRSM Felda Trolak di Sungkai pada 27 hingga 29 Ogos ini.

Artikel Berkaitan:

Pelajar perempuan MRSM Pengkalan Hulu menunjukkan sokongan terhadap pelaksanaan program Jelajah Antirasuah.
Pelajar perempuan MRSM Pengkalan Hulu menunjukkan sokongan terhadap pelaksanaan program Jelajah Antirasuah.

Shahariman berkata, dalam kebanyakan situasi, pendedahan gejala rasuah hanya melibatkan kumpulan yang sudah terlibat dalam sektor pekerjaan.

"Sebelum ini, program integriti dan antirasuah yang diadakan di peringkat sekolah melibatkan kalangan guru dan staf sahaja.

"Tetapi dengan adanya siri jelajah ini, pelaksanaannya sudah menyeluruh dengan penglibatan sama daripada pelajar dan ini sesuatu yang baik untuk diteruskan," katanya.

Sesi soal jawab mengenai bahaya rasuah bersama pelajar.
Sesi soal jawab mengenai bahaya rasuah bersama pelajar.

Sementara itu, Presiden Badan Wakil Pelajar MRSM Pengkalan Hulu, Amsyar Zarif Sharul Hizad berkata, pengukuhan nilai integriti boleh dilakukan di peringkat sekolah rendah supaya seiring dengan tanggungjawab yang digalas.

"Di peringkat menengah kita sudah terdedah dengan kepimpinan yang akan diberikan tanggungjawab lebih besar.

"Jika diberikan penekanan di peringkat awal, insya-ALLAH individu tersebut lebih terjaga sifat kepimpinannya dan jauh dari rasuah," katanya.

Siri Jelajah Antirasuah anjuran bersama Mara dan Rasuah Busters meneruskan kesinambungan program di MRSM Pengkalan Hulu.
Siri Jelajah Antirasuah anjuran bersama Mara dan Rasuah Busters meneruskan kesinambungan program di MRSM Pengkalan Hulu.

Pelajar Tingkatan 5 itu berpandangan, dengan keadaan negara yang semakin maju, isu integriti perlu dijadikan intipati penting kepada pelajar dan generasi muda.

Bacaan ikrar antirasuah oleh pelajar-pelahar MRSM Pengkalan Hulu.
Bacaan ikrar antirasuah oleh pelajar-pelahar MRSM Pengkalan Hulu.

"Generasi muda inilah yang akan memacu pembangunan dan kepimpinan negara, jika dari awal sudah rosak, apa akan jadi kepada masa depan Malaysia," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!