Tanah jerlus: Anggota SAR teruskan pencarian di stesen pam Loji IWK Pantai Dalam

Lokasi terakhir yang menjadi fokus adalah di Indah Water Konsortium (IWK) Unit Kuala Lumpur, Pantai Dalam, di mana pasukan SAR giat berusaha untuk mencari mangsa. Foto Bernama
Lokasi terakhir yang menjadi fokus adalah di Indah Water Konsortium (IWK) Unit Kuala Lumpur, Pantai Dalam, di mana pasukan SAR giat berusaha untuk mencari mangsa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekali lagi memasuki stesen pam di Loji Indah Water Konsortium Pantai Dalam di sini, pagi tadi dalam usaha mengesan mangsa tanah jerlus Jalan Masjid India.

Kedua-duanya yang lengkap memakai topeng dan tangki oksigen selain topi keselamatan memasuki stesen pam berkenaan pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan keluar 20 minit kemudian.

Operasi SAR bagi wanita warga India yang hilang akibat insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India diteruskan pada Rabu. Foto Bernama
Operasi SAR bagi wanita warga India yang hilang akibat insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India diteruskan pada Rabu. Foto Bernama

Bagaimanapun, setakat tengah hari ini masih tiada petunjuk positif ditemukan mengenai keberadaan mangsa di lokasi berkenaan.

Stesen pam berkenaan turut dimasuki pasukan SAR semalam.

Hari ini ialah hari keenam misi mencari pelancong wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!