SOP musnah bom dikaji susulan anggota tertimbus tanah

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dua anggota Unit Pemusnah Bom cedera parah dipercayai tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di Taman Sri Lambak, Kluang semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, siasatan yang dijalankan itu termasuk untuk mengenal pasti sekiranya terdapat kelonggaran dari sudut prosedur operasi standard (SOP).

"Polis dalam proses mengkaji dan siasat punca sebenar kejadian terbabit, namun masih terlalu awal untuk diberi ulasan.

"Beri ruang kepada polis untuk jalankan siasatan termasuk sekiranya ada kelonggaran dari sudut SOP dan sebagainya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada Rabu.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu kali pertama berlaku, sekali gus menjelaskan bom jenis Aerial 500 Lbs 1952 yang seharusnya dimusnahkan semalam, sedang dalam proses untuk dilupuskan.

Menurut Kumar, kedua-dua anggota itu yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang telah dipindahkan ke wad biasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh hari ini dilaporkan berkata, kejadian itu menyebabkan Koperal Abdul Halim Zainal, 39, patah tulang pinggul dan tiga tulang rusuk sebelah kiri manakala Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary, 34, patah tulang paha dan tulang rusuk sebelah kiri.

Bahrin berkata, berkata kejadian pada 2.20 petang itu berlaku ketika kedua-dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berkenaan dalam penugasan memusnahkan bom lama jenis Aerial 500 Lbs 1952 yang dijumpai orang awam di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Namun, ketika kerja-kerja memusnahkan bom dijalankan, berlaku runtuhan tanah pada dinding lubang di lokasi sehingga menyebabkan kedua-dua mereka tertimbus dan cedera. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!