Tiga termasuk dua beradik didakwa bunuh pekerja cuci kereta

Kesemua tertuduh didakwa atas dua pertuduhan iaitu membunuh dan dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan parang.
Kesemua tertuduh didakwa atas dua pertuduhan iaitu membunuh dan dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan parang.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tiga lelaki termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan membunuh seorang pekerja cuci kereta di Bedong, kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, V Mathavan, 36, adiknya, Navin Kumar, 27, dan seorang lagi rakan, R Puvaneswaran, 31, didakwa membunuh S Naarenthiran, 28, pada 15 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama dua lagi yang masih bebas telah menyebabkan kematian mangsa pada jam antara jam 2.15 pagi hingga 2.30 pagi, hari kejadian.

Perbuatan itu dilakukan di belakang kedai cuci kereta, Taman Bedong Jaya, Bedong.

Pendakwaan dibacakan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia Inspektor Nurain Safinah Minhat manakala kesemua tertuduh diwakili Peguam, P Vasudevan.

Oleh demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak lebih daripada 40 tahun.

Jika tidak dikenakan hukuman gantung, hendaklah juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 12 kali sebatan.

Artikel Berkaitan:

Majistret Khairatul Animah Jelani bagaimanapun tidak membenarkan sebarang jaminan bagi pertuduhan berkenaan.

Terdahulu, kesemua tertuduh turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 1 bagi pertuduhan kes membabitkan Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap J Dinesh, 29, dengan cara menggunakan parang.

Perbuatan itu dilakukan pada jam lebih kurang 2 pagi bertempat di tapak kosong Kampung Sungai Toh Pawang, Bedong, hari yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan.

Pendakwaan dibacakan Timbalan Perdakwa Raya, M Lishantini di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Terdahulu, Hakim Roslan Hamid membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dengan syarat tambahan selepas mengambil kira rayuan yang dikemukakan peguam, namun jaminan tertakluk kepada kes 302 Kanun Keseksaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 September depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!