'Kami tidak akan mengalah' - JBPM

Alimaddia (gambar kecil) memuat naik video rakaman keadaan sebenar ketika operasi di dalam lurang kumbahan.
Alimaddia (gambar kecil) memuat naik video rakaman keadaan sebenar ketika operasi di dalam lurang kumbahan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Kami tidak akan mengalah, jika masih ada lagi ikhtiarnya."

Demikian kata Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Kanan Bomba I, Alimaddia Bukri memaklumkan anggota bomba yang terlibat masih berusaha mencari mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Alimaddia berkata, matlamat utama pasukan penyelamat adalah mahu menemui mangsa tersebut.

"Kami hargai orang ramai yang ambil berat terhadap anggota bomba, namun matlamat utama pasukan penyelamat adalah mahu menemui mangsa.

"Insya-ALLAH, kami akan cuba sedaya upaya tanpa mengetepikan keselamatan pasukan penyelamat," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Alimaddia turut memuat naik video terbaharu berdurasi seminit di laman TikTok yang memaparkan keadaan sebenar ketika operasi di dalam lurang kumbahan.

Keadaan air deras di lurang kumbahan.
Keadaan air deras di lurang kumbahan.



"Beginilah keadaannya sebenar yang kami alami, risiko operasi jarang ditunjuk kepada umum," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Alimaddia berkata, keselamatan semua petugas adalah di bawah tanggungjawab pihaknya.

"Biar kami tanggung risikonya kerana tanggungjawab yang kami pikul sebagai pasukan peneraju penyelamatan negara.

"Ada ketika kami tidak membenarkan ramai petugas masuk ke 'ground zero' kerana bahaya," katanya.

Alimaddia berkata, ada banyak keadaan yang tidak boleh dirakam kerana terlalu sensitif untuk dikongsikan kepada umum.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan anggota bomba terpaksa membuat selaman di dalam air kumbahan, arus deras dengan penglihatan terhad (zero visibility) serta akses kecil menyukarkan pergerakan dan pencarian mangsa

Peralatan yang digunakan oleh anggota Bomba dan Penyelamat dalam operasi mencari mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Peralatan yang digunakan oleh anggota Bomba dan Penyelamat dalam operasi mencari mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Selesai melakukan selaman, pasukan penyelam terlibat akan melakukan ‘decontamination’ bagi mengelak sebarang bahaya atau penyakit yang mungkin tersebar di ruangan bawah tanah itu.

Anggota bomba tersebut turut menggunakan kelengkapan alat pelindung pernafasan serta peralatan perlindungan diri (PPE) yang diperlukan.

Pada Jumaat, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India.

Laporan kejadian itu diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur pada jam 8.22 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Hang Tuah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!