Lesen media sosial: Kerajaan terbuka terima input pelbagai pihak

Fahmi (empat dari kiri) selepas mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Centre For Independent Journalism (CIJ) Khamis lepas. Turut hadir, Nie Ching (tiga dari kiri). Foto Facebook Fahmi Fadzil
Fahmi (empat dari kiri) selepas mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Centre For Independent Journalism (CIJ) Khamis lepas. Turut hadir, Nie Ching (tiga dari kiri). Foto Facebook Fahmi Fadzil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terbuka untuk menerima sebarang input daripada pelbagai pihak berkaitan pelaksanaan pelesenan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet oleh kerajaan.

Menteri berkenaan, Fahmi Fadzil berkata, sesi libat urus akan diteruskan dengan semua pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan lesen media sosial dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.

"Kerajaan kekal dengan pendirian bahawa platform media sosial dan pesanan Internet perlu dikenakan kerangka kawal selia untuk menjamin Internet lebih selamat bagi seluruh rakyat Malaysia, terutama kanak-kanak dan keluarga,” katanya.

Fahmi berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu berhubung pertemuan beliau dengan pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Centre For Independent Journalism (CIJ) Khamis lepas.

Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di pejabat beliau di Putrajaya itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan pegawai-pegawai kanan daripada SKMM.

Fahmi berkata, pertemuan dan perbincangan yang diadakan itu telah berlangsung dengan semangat keterbukaan yang cukup baik.

"Saya juga telah terima memorandum daripada pihak Bersih dan akan teliti cadangan-cadangan berkenaan,” katanya yang turut berterima kasih atas usaha yang dilakukan oleh Bersih dan CIJ.

Sementara itu, Bersih menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman rasminya pada 23 Ogos lepas memaklumkan pihaknya telah mengemukakan lima pendirian cadangan pelesenan platform media sosial dan pesanan Internet oleh kerajaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!