Seorang lagi suspek kes tetak, bunuh direman tujuh hari

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

JASIN - Suspek kelima kes tetak dan bunuh seorang lelaki di sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru pada Ahad lepas direman tujuh hari bermula hari ini hingga 3 September depan.

Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan reman berkenaan selepas suspek lelaki berusia 23 tahun itu ditahan semalam.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut selepas ditetak sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah kedai gunting rambut di taman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi dilaporkan berkata, dalam kejadian jam 8.39 malam itu, mangsa berusia 24 tahun yang cedera sempat menghubungi adik lelakinya berusia 22 tahun untuk membawanya mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Jasin.

Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15 pada hari yang sama ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan manakala adiknya turut dikejar kumpulan penjenayah berkenaan namun berjaya menyelamatkan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!