Cabaran Sze Fei-Nur Izzuddin disekat Hon Jian-Haikal di Korea
HASRAT juara Terbuka Jepun, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk meneruskan momentum positif dalam Terbuka Korea tidak kesampaian apabila tewas seawal pusingan pertama pada Rabu.
Beregu lelaki negara yang mengungguli kejuaraan Super 750 sebelum itu terpaksa melupakan hasrat mara lebih jauh dalam kejuaraan Super 500 berkenaan apabila tewas kepada rakan senegara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri.
Pertarungan yang berlangsung selama 55 minit itu menyaksikan gandingan nombor 12 dunia tersebut gagal meneruskan permulaan cemerlang set pertama apabila menang 21-13.
Pasangan itu akur kehebatan lawan yang merupakan pilihan 19 dunia apabila tewas dua set berikutnya 16-21, 16-21.
Terbuka Korea merupakan penampilan terakhir gandingan Sze Fei-Nur Izzuddin bersama skuad negara selepas mengesahkan bergerak secara profesional pada 1 September depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!