Tiga lelaki ditahan didakwa rogol remaja

Polis menahan tiga lelaki berusia 15 hingga 29 tahun di sekitar Tawau berhubung dakwaan rogol oleh seorang remaja perempuan. Gambar hiasan
Polis menahan tiga lelaki berusia 15 hingga 29 tahun di sekitar Tawau berhubung dakwaan rogol oleh seorang remaja perempuan. Gambar hiasan
A
A
A

TAWAU - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di daerah ini pada Jumaat lalu mendakwa dirogol oleh tiga lelaki yang dikenalinya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, laporan polis telah dibuat dan siasatan lanjut mengenainya sedang dilakukan.

Katanya, kes tersebut merujuk kepada laporan seorang remaja perempuan yang telah ditemui semula dalam keadaan selamat di sini pada jam 1 pagi Selasa.

"Pada jam 3 pagi Selasa semasa berada di Balai Polis Tawau remaja tersebut telah memaklumkan bahawa dia telah dirogol tiga lelaki yang dikenalinya.

"Ekoran daripada itu, tiga lelaki tempatan berusia 15 hingga 29 tahun ditahan di sekitar daerah ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

"Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga Rabu depan bagi membantu siasatan.

"Kesemua suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabit kesalahan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!