Penduduk tidak sangka ada bom di Taman Sri Lambak

Lokasi penemuan bom masih ditanda dengan garisan kuning di sebuah tapak pembinaan di Taman Sri Lambak, Kluang.
Lokasi penemuan bom masih ditanda dengan garisan kuning di sebuah tapak pembinaan di Taman Sri Lambak, Kluang.
A
A
A

KLUANG - Penduduk di Taman Sri Lambak di sini terkejut dengan insiden dua anggota polis yang cedera selepas tertimbus semasa menjalankan tugas pemusnahan bom di kawasan berkenaan pada petang Selasa.

Hassan Paniti, 54, tidak menyangka ada bom di kawasan perumahan itu apatah lagi merupakan penemuan pertama sejak lebih 30 tahun kawasan perumahan itu dibangunkan.

Menurutnya, dia tidak mengetahui berita penemuan bom itu sehingga kenderaan pasukan penyelamat masuk ke kawasan taman perumahan pada sebelah petang.

"Sekitar jam 3 petang, saya lihat kenderaan polis dan ambulans yang masuk ke laluan belakang taman perumahan di sini.

"Ia menimbulkan tanda tanya. Namun sangkaan ketika itu berlaku kemalangan di kawasan pembinaan. Rupanya sebutir bom lama ditemui di tapak pembinaan," katanya ketika ditemui pada Rabu.

HASSAN
HASSAN

Bagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Mahat pula memberitahu, dia bimbang sekiranya bom lama itu masih belum dimusnahkan.

"Kami tidak dengar bunyi letupan kerana bom berkenaan difahamkan belum lagi dimusnahkan susulan tragedi runtuhan tanah sehingga mencederakan dua anggota Unit Pemusnah Bom (UPB).

Artikel Berkaitan:

"Kami harap ia segera dimusnahkan dan kawasan berkenaan diperiksa bagi memastikan tiada lagi bom lama di situ," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan bom yang ditemui kira-kira jam 8.30 pagi, Selasa itu merupakan jenis Aerial 500 lbs yang digunakan sekitar tahun 1952.

Katanya, kerja-kerja memusnahkan bom berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!