Warga emas parah ditetak dengan parang

Seorang warga emas parah ditetak seorang lelaki menggunakan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Air Ganda di sini pada Selasa. Gambar hiasan
Seorang warga emas parah ditetak seorang lelaki menggunakan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Air Ganda di sini pada Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

GERIK - Seorang warga emas parah ditetak seorang lelaki menggunakan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Air Ganda di sini pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 4.50 petang itu, mangsa berusia 68 tahun dan bekerja sebagai nelayan darat mengalami luka akibat kesan tetakan dan patah tulang lengan kiri.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, semasa kejadian, mangsa berada di rumah bersama anak perempuannya sebelum dihampiri suspek yang datang menunggang motosikal.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, suspek berusia 54 tahun dan mengenali mangsa bertindak masuk ke dalam rumah lalu menyerang mangsa dengan melibas parang.

"Libasan senjata tersebut telah terkena tangan kiri mangsa.

"Melihat keadaan itu, anak mangsa melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Beliau berkata, suspek berjaya ditangkap pada hari sama kejadian dan saringan air kencing mendapati positif dadah jenis heroin.

Katanya, suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 3 September depan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa telah dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

"Ketika serangan berlaku, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah, siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian," katanya.

Ringkasan berita:

  • Kejadian: Seorang warga emas, 68 tahun, ditetak dengan parang oleh seorang lelaki di rumahnya di Kampung Air Ganda, Gerik, pada 27 Ogos.
  • Kecederaan: Mangsa mengalami luka akibat tetakan dan patah tulang lengan kiri.
  • Suspek: Lelaki berusia 54 tahun yang mengenali mangsa, menyerang mangsa di rumahnya sebelum melarikan diri.
  • Tindakan Polis: Suspek ditangkap pada hari yang sama dan didapati positif dadah jenis heroin.
  • Tindakan Lanjut: Suspek direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
  • Mangsa: Mangsa dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
Dijana oleh AI

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!