Amran Fans 'mohon maaf'

Video lama seorang wanita memakai baju kurung dan bertudung sedang menari dangdut sambil bernyanyi berdikir barat di muat naik kembali. Gambar kecil: Tangkap layar permohonan maaf Amran Fans di Facebook.
Video lama seorang wanita memakai baju kurung dan bertudung sedang menari dangdut sambil bernyanyi berdikir barat di muat naik kembali. Gambar kecil: Tangkap layar permohonan maaf Amran Fans di Facebook.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengendali Facebook Amran Fans 'memohon maaf' secara terbuka selepas Exco Kerajaan negeri Kelantan menuntut penjelasan berkaitan tujuan dan niat rakaman video lama seorang wanita menari dangdut dimuat naik semula.

Bagaimanapun, pengendali Facebook Amran Fans memuat naik hantaran dengan memaklumkan mereka tetap mahu 'memohon maaf' kerana membuat satu kenyataan salah.

"Ya benar, dalam hantaran itu, Amran tidak menyebut video itu berlaku semalam, minggu lepas atau bulan lepas. Tak sebut. Tetapi Amran tetap ingin memohon maaf kerana Amran berasa Amran telah membuat satu kenyataan yang salah apabila mengatakan bahawa Bachok itu di USA," tulisnya.

Media sebelum itu melaporkan, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah memaklumkan video yang dimuat naik memberi persepsi negatif kepada penduduk Bachok dan menggambarkan seolah-olah Majlis Daerah Bachok membenarkan persembahan kurang senonoh.

Pengendali Facebook itu turut 'mengakui' melakukan kesalahan dan akur dengan teguran itu.

"Setelah beberapa hari Amran meneliti di mana salahnya hantaran Amran itu, akhirnya Amran akur bahawa Amran telah melakukan satu kesalahan,"

Pengendali itu juga turut menambah: "Selepas tular statement dari seorang Exco Kelantan semalam barulah Amran tahu bahawa Bachok itu di Kelantan."

Video yang memaparkan seorang wanita memakai baju kurung dan bertudung sedang menari dangdut sambil bernyanyi berdikir barat.

Artikel Berkaitan:

Video berdurasi 29 saat yang turut disertai dua lelaki dimuat naik di Facebook Amran Fans pada Selasa dengan kapsyen 'Bachok, USA'.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!