Kereta dipandu lawan arus hampir bertembung lori

Tangkap layar video tular pemandu Honda Civic lawan arus hampir menyebabkan kemalangan bertembung sebuah lori yang datang dari arah depan.
Tangkap layar video tular pemandu Honda Civic lawan arus hampir menyebabkan kemalangan bertembung sebuah lori yang datang dari arah depan.
A
A
A

GOMBAK - Tindakan seorang pemandu kereta melawan arus di Jalan Taman Industri Integrasi Rawang 2 hampir menyebabkan kemalangan bertembung dengan sebuah lori.

Video kejadian berdurasi satu minit 33 saat tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada Isnin jam 7.50 pagi.

Menurutnya, Honda Civic berkenaan dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Ijok ke Taman Industri Integrasi Rawang 2.

"Lelaki tersebut telah memandu secara melawan arus sebelum sebuah lori datang dari arah bertentangan.

"Pemandu lori sempat memberhentikan kenderaan di depan kereta tersebut menyebabkan tiada kemalangan berlaku," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, pemandu Honda Civic tersebut telah hadir ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk memberikan keterangan.

"Sementara pemandu lori masih belum hadir memberi keterangan.

Artikel Berkaitan:

"Kes di siasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Katanya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!