Bayar balik pelanggan jika penerbangan lewat lebih lima jam
28 Ogos 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Syarikat penerbangan kini dikehendaki menawarkan pengguna pilihan bayaran balik sepenuhnya dalam cara pembayaran asal sekiranya mengalami kelewatan penerbangan lima jam dan lebih, berkuat kuasa Isnin depan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pembayaran perlu dilunaskan syarikat penerbangan dalam tempoh 30 hari sekiranya pelanggan memilih untuk tidak meneruskan perjalanan akibat kelewatan lima jam dan lebih.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AnthonyLoke #MOF