Harga RON97, diesel turun 5 sen

Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen seliter bermula Khamis sehingga 4 September depan.
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen seliter bermula Khamis sehingga 4 September depan.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen seliter bermula Khamis sehingga 4 September depan.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, penurunan itu menjadikan harga baharu RON97 adalah RM3.42 manakala diesel RM3.18 setiap liter.

Keputusan itu katanya seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.

"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga," menurut Kementerian Kewangan pada Rabu.

Menurut kementerian itu, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada paras RM2.15 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," jelas kenyataan itu.

Pada 10 Jun lalu, kerajaan melaksanakan pelarasan subsidi diesel yang menyaksikan harga sebelum itu RM2.15 naik kepada RM3.35 seliter.

Bagaimanapun, harga bahan bakar itu turun sebanyak 17 sen secara berperingkat setiap minggu sejak 7 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

Ia didorong kedudukan kukuh ringgit berbanding dolar AS selain penurunan harga minyak global.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!