Sindiket samun, pecah kuil tumpas

Empat lelaki dan dua wanita warga tempatan ditahan dalam lima serbuan di Selangor dan Pulau Pinang
Empat lelaki dan dua wanita warga tempatan ditahan dalam lima serbuan di Selangor dan Pulau Pinang
A
A
A

GEORGE TOWN - Empat lelaki dan dua wanita warga tempatan ditahan dalam lima serbuan di Selangor dan Pulau Pinang kerana disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan pecah kuil di tiga daerah di negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, keenam-enam suspek yang berusia lingkungan 18 hingga 42 tahun itu ditangkap dalam operasi yang bermula pada 3 Julai hingga 23 Ogos lalu.

Menurutnya, kesemua mereka disyaki terlibat dalam jenayah samun dan pecah kuil di daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.

"Semua suspek merupakan ahli sindiket samun dan pecah kuil yang bergiat aktif sejak 2022.

"Empat daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan jenayah dan dadah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Hamzah, polis turut merampas sebuah motosikal, wang tunai RM600 dan beberapa keping resit pajak gadai.

"Kita juga berjaya mendapatkan semula rantai emas yang disamun dari sebuah kedai pajak gadai di Pulau Pinang.

"Kesemua tangkapan ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!