Sweden dakwa pelaku biadab bakar al-Quran

Salwan Momika (kanan) dan Salwan Najem melakukan perbuatan biadab itu pada musim panas 2023. Foto Agensi
Salwan Momika (kanan) dan Salwan Najem melakukan perbuatan biadab itu pada musim panas 2023. Foto Agensi
A
A
A

STOCKHOLM - Pendakwa raya Sweden pada Rabu mendakwa dua lelaki dengan dakwaan menghasut kebencian etnik berhubung tindakan biadab membakar al-Quran pada 2023 yang turut mencetuskan kemarahan di seluruh negara Islam.

Pendakwa raya kanan, Anna Hankkio berkata, warga Iraq, Salwan Momika dan pembantah bersama, Salwan Najem didakwa melakukan perbuatan provokasi melampau itu menerusi empat kejadian pada musim panas tahun lalu.

"Kedua-duanya sengaja menyinggung perasaan Muslim dan mencemari kesucian al-Quran dengan tindakan mereka dan wajar dibicarakan di mahkamah," ujarnya.

Hubungan Sweden dengan beberapa negara di Asia Barat turut tegang kerana perbuatan mereka.

Penunjuk perasaan di Iraq turut menyerbu Kedutaan Sweden di ibu kota dan mencetuskan kebakaran di kawasan pekarangan premis itu ketika insiden serbuan kedua.

Pada Ogos tahun lalu, perkhidmatan risikan Sapo di Stockholm menaikkan tahap ancaman kepada empat selepas insiden bakar al-Quran menyebabkan negara itu berpotensi menjadi sasaran.

Pada awal bulan lalu, aktivis sayap kanan, Rasmus Paludan dengan tuduhan sama berhubung tindakannya yang membakar kitab suci itu di bandar selatan Malmo pada 2022.

Sebelum ini, pendakwa raya memaklumkan tindakan mencemari kesucian al-Quran boleh dilihat sebagai kritikan terhadap kitab agama dan ia dilindungi di bawah hak kebebasan bersuara. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!