Tanah jerlus: Kurangkan pergerakan di laluan ditutup
KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta untuk mengurangkan pergerakan di laluan yang ditutup bermula dari Pondok Polis Jalan Masjid India sehingga ke Semua House di sini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan memaklumkan, penutupan laluan terbabit dijalankan susulan kerja-kerja berkaitan dijalankan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan laluan di sepanjang Jalan Masjid India ditutup bagi semua kenderaan susulan kejadian kedua melibatkan tanah mendap di sini pada Rabu.
Penutupan ini melibatkan laluan yang dianggarkan sepanjang 200 hingga 300 meter bagi semua kenderaan untuk melaluinya susulan faktor-faktor keselamatan.
Terdahulu, kejadian tanah mendap dilaporkan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.
Kejadian tanah mendap itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi selepas hujan lebat dan ribut pada Selasa malam.
Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!