Tanah jerlus: Halangan berupa objek dikesan

Suasana di sekitar lokasi tanah jerlus dekat Jalan Masjid India, Kuala Lumpur di sini.
Suasana di sekitar lokasi tanah jerlus dekat Jalan Masjid India, Kuala Lumpur di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Halangan berupa objek dikesan tersekat antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua dekat Jalan Masjid India di sini pada Rabu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, jarak antara kedua-dua lokasi berkenaan terletak kira-kira 80 meter.

Beliau berkata, dapatan itu dikenal pasti menerusi pengesanan dijalankan dua anjing Unit Pengesan (K9), Denti dan Frankie, yang dibawa turun ke lokasi kejadian petang semalam selain pengesanan kamera.

Suasana di sekitar lokasi tanah jerlus dekat Jalan Masjid India, Kuala Lumpur di sini.
Suasana di sekitar lokasi tanah jerlus dekat Jalan Masjid India, Kuala Lumpur di sini.

"Hasil daripada penghiduan, anjing pengesan melihat seolah terdapat kecenderungan ke arah situ, jadi kita akan berusaha untuk mencari di kawasan berkenaan.

"Selain itu, pengesanan juga didapati menerusi kamera dan ini melibatkan pelbagai kemungkinan sama ada mangsa tersangkut atau sebagainya," katanya pada Rabu.

Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!