Lebih 700 peserta mengalun surah al-Jumu'ah

Sebahagian 700 peserta yang hadir ke Program Malaysia #QuranHour Peringkat Negeri Perak di Majid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh di sini pada Rabu.
Sebahagian 700 peserta yang hadir ke Program Malaysia #QuranHour Peringkat Negeri Perak di Majid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh di sini pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh di sini menjadi saksi bacaan surah al-Jumu’ah oleh lebih 700 peserta sempena Malaysia #QuranHour Peringkat Negeri Perak pada Rabu.

Pengerusi Rumah Ngaji Negeri Perak, Robaatun Hadayiah Harun berkata, jumlah kehadiran tersebut disifatkan luar biasa memandangkan sasaran awal hanya 500 orang.

Robaatun Hadayiah
Robaatun Hadayiah

Menurutnya, walaupun program tersebut diadakan lebih awal berbanding tarikh sebenar pada 30 Ogos, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan.

“Alhamdulillah syukur sebenarnya banyak kesedaran daripada masyarakat setempat dan kawan-kawan seluruh negeri Perak seperti dari Gerik, Kampar, Teluk Intan, Manjung pun ada datang.

“Biarpun kita buat awal, tetapi pada 30 Ogos ini ada banyak Rumah Ngaji yang akan melaksanakan program Malaysia #QuranHour serentak di seluruh negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Peserta dari Rumah Ngaji dari Kampar turut hadir ke Program Malaysia #QuranHour Peringkat Negeri Perak di Majid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh di sini pada Rabu.
Peserta dari Rumah Ngaji dari Kampar turut hadir ke Program Malaysia #QuranHour Peringkat Negeri Perak di Majid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh di sini pada Rabu.

Menurut Robaatun Hadayiah, antara lokasi yang akan mengadakan program Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos ini termasuklah di Masjid Sultan Idris Shah II iaitu Masjid Negeri Perak dan beberapa Rumah Ngaji seperti di Seberang Perak dan Teluk Intan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Imam Utama Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan yang hadir ke program tersebut berkata, penganjuran Malaysia #QuranHour yang diadakan pada bulan Kebangsaan itu amat dekat dengan Islam.

Robaatun Hadayiah menyampaikan cenderahati kepada Ahmad Husni selepas menyempurnakan perasmian Program Malaysia #QuranHour Peringkat Negeri Perak di Majid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh di sini pada Rabu.

“Kita sebagai orang Islam, merdekanya kita ini dengan kita menikmati Islam secara keseluruhan.

“Kalau ikutkan sirah nabi, pembukaan Kota Makkah itu merupakan tanda kemenangan Islam terbesar setelah nabi berdakwah ke Madinah, ini antara ayat dalam al-Quran,” ujarnya.

Program tersebut disempurnakan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak 2024, Profesor Madya Dr Ahmad Husni Hassan yang juga Pensyarah Kanan Universiti Sultan Azlan Shah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!