Jom Cha perkenal ‘Yogurt Soft Serve’
JOM Cha jenama minuman boba popular Farm Fresh Berhad memperkenalkan produk terbarunya ‘Yogurt Soft Serve’.
Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Jom Cha, Eddie Lim berkata, produk terbaharu hasil produk tenusu segar Farm Fresh kini sudah berada di pasaran.
Menurutnya, pelancaran yogurt menerusi jenama Jom Cha ini adalah untuk memberikan pelanggan sesuatu yang tulen dan lazat.
“Yogurt Jom Cha ini bukan sekadar pencuci mulut tetapi memberikan rasa yang menyegarkan menjadi pilihan ideal pada musim panas malah ianya dicipta untuk mengubah cara anda menikmati yogurt yang turut tersedia dalam perisa yogurt asli,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Membeli-Belah One Utama baru-baru ini.
Jelasnya, pemilihan bahan-bahan yang terkandung di dalam yogurt ini adalah dari bahan berkualiti produk tenusu terpilih.
“Ini kerana banyak jenama lain bergantung pada serbuk atau campuran yogurt, tetapi kami bertahan kerana kualiti bahannya terbaik,” katanya.
Eddie berkata, pihaknya percaya dengan menggabungkan tenusu terbaik dengan ramuan yang sempurna, ianya pasti dapat memberikan kelainan rasa pada yogurt berkenaan.
"Jom Cha menawarkan pelbagai jenis perisa Yogurt tersendiri, pada harga RM5.80 dengan perbezaan utama kami ialah menggunakan susu segar yang dipastur.
“Malah produk yogurt kami menggunakan yogurt segar dengan probiotik semulajadi yang baik untuk tubuh badan,” katanya,
Farm Fresh turut memperkenalkan ‘milk on tap’ di kebanyakan cawangan Jom Cha dan ini akan memberikan kelebihan berbanding jenama lain.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!