Tanggungawab berat syarikat penerbangan, keadilan buat pelanggan

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Bermula minggu depan, syarikat penerbangan di Malaysia diwajibkan memberikan pilihan bayaran balik penuh kepada pelanggan sekiranya penerbangan ditunda lebih dari lima jam.

Perkara itu ditegaskan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dengan mengumumkan pembayaran berkenaan harus dilaksanakan dalam tempoh 30 hari.

Penambahbaikan dalam Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) tersebut juga memerlukan syarikat terlibat menghapuskan penerbangan yang dibatalkan dari sistem tempahan.


Selain itu syarikat turut bertanggungjawab untuk memaklumkan perubahan jadual sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal.

Sekiranya peraturan tersebut tidak dipatuhi, syarikat penerbangan boleh dikenakan denda hingga RM200,000.

Melihat kepada penambahbaikan ini, ia memberikan perlindungan yang lebih baik kepada penumpang sekali gus memastikan mereka tidak mengalami kerugian akibat penundaan penerbangan.

Selain itu, penguatkuasaan tersebut boleh mendorong syarikat penerbangan untuk lebih bertanggungjawab terhadap jadual penerbangan dan dapat meningkatkan kepuasan serta kepercayaan kepada industri itu.

Sebagai pengguna perkhidmatan syarikat penerbangan, sudah pasti masyarakat berharap peraturan ini dapat mengurangkan jumlah penerbangan yang terganggu atau dibatalkan pada saat akhir.

Artikel Berkaitan:

Paling tidak, pelanggan akan mendapat keadilan sewajarnya dan tidak berdepan kerugian luar jangka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!