Potongan 10 peratus tiket Larian Keluarga Malaysia 2024

YKM bakal menganjurkan Larian Keluarga Malaysia pada 29 September depan di Persiaran Flora, Cyberjaya.
YKM bakal menganjurkan Larian Keluarga Malaysia pada 29 September depan di Persiaran Flora, Cyberjaya.
A
A
A

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) bakal menganjurkan Larian Keluarga Malaysia pada 29 September depan di Persiaran Flora, Cyberjaya.

Acara yang dianjurkan untuk mengumpul dana dan pembiayaan bagi YKM itu melibatkan tiga kategori iaitu larian sejauh lima kilometer (km), 10km dan 21km.

YKM yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berperanan membantu anak-anak yatim yang kematian ibu, bapa atau ibu-bapa, atau penjaga akibat pandemik Covid-19.

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan terutama untuk kategori 21km dan 10km iaitu wang tunai sehingga RM800, kemeja-T dan medal kepada pemenang serta yang menamatkan 'fun run' 5km.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai acara ini boleh mendaftar menerusi laman web www.ticket2u.com dan harga tiket dari RM39 (fun run), RM59 (10km), RM79 (21km).

Selain itu orang ramai boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10 peratus dengan menggunakan kod promosi 'KS10' bersempena program audio siar 'Keluar Sekejap' yang menjadi podcast rasmi acara berkenaan.

Sebelum ini beberapa lageda sukan negara dilapor bakal memeriahkan Larian Keluarga Malaysia 2024.

Antara yang bakal hadir ialah bekas atlet bina badan, Datuk Malek Noor; Datuk Zainal Abidin Hassan (bola sepak); Datuk Zaiton Othman (olahraga); Datuk Santokh Singh (bola sepak); Roslin Hashim (badminton) dan Datuk Marina Chin (olahraga).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!