DBKL tutup empat premis, keluar 18 kompaun

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan telah dikenalpasti. Foto DBKL
DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan telah dikenalpasti. Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sebanyak 18 notis kompaun dan menutup empat premis perniagaan dalam satu operasi tindakan khas di Pusat Beli-Belah Lalaport, Bukit Bintang dan di sekitar Parlimen Bukit Bintang.

Operasi melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan melibatkan premis perniagaan tidak mempunyai lesen perniagaan, menggajikan warga asing serta melanggar syarat lesen ditetapkan DBKL.

DBKL memaklumkan sebanyak lapan notis kompaun dikeluarkan di bawah UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan UUK Iklan (WP) 1982 terhadap premis perniagaan di Pusat Beli-Belah Lalaport, Bukit Bintang.

Empat premis perniagaan dikenakan tindakan tutup serta merta di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Foto DBKL
Empat premis perniagaan dikenakan tindakan tutup serta merta di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Foto DBKL

"Manakala tiga buah premis perniagaan dikenakan tindakan tutup serta merta di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976," maklum pihak berkuasa tempatan itu dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Dalam pada itu, sebanyak 10 notis kompaun dikeluarkan bagi operasi yang sama terhadap premis berisiko seperti rumah urut di sekitar Parlimen Bukit Bintang.

Jelas DBKL, kompaun dikeluarkan di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan UUK Iklan (WP) 1982 dan satu tindakan penutupan serta merta dikeluarkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Operasi melibatkan premis perniagaan tidak mempunyai lesen perniagaan, menggajikan warga asing serta melanggar syarat lesen ditetapkan DBKL. Foto DBKL
Operasi melibatkan premis perniagaan tidak mempunyai lesen perniagaan, menggajikan warga asing serta melanggar syarat lesen ditetapkan DBKL. Foto DBKL

Artikel Berkaitan:

Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!