Ronaldo sasar ledak 1,000 gol sebelum bersara

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo meletakkan sasaran luar biasa dalam kariernya sebelum bersara dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Dalam video baharu di saluran YouTubenya, bintang Portugal itu menyatakan hasratnya untuk meledak 1,000 gol dan tiada pemain lain setakat ini berjaya mencapai angka tersebut.

Ronaldo telah menjaringkan gol ke-899 sepanjang kariernya dalam kemenangan Al-Nassr ke atas Al Feiha pada Selasa dengan rembatan menakjubkan, menandakan gol ke-64 nya daripada sepakan percuma.

"Saya rasa dalam keadaan baik, masih lagi cergas. Saya rasa masih boleh menggelecek, menjaringkan gol dan melompat.

"Pada hari saya rasa sudah tidak mampu melakukan semua itu, saya akan mengemas barang dan pergi (dari bola sepak).

"Pertama, saya mahu mencapai 900 gol. Kemudian saya mahu mencapai 1,000. Akan ada video semua 1,000 gol yang saya jaringkan supaya saya dapat membuktikan bahawa saya telah menjaringkan gol," katanya.

Ronaldo kemudian bercakap mengenai kritikan yang diterimanya kerana tidak menjaringkan sebarang gol pada Kejohanan Euro 2024.

"Saya menjaringkan 60 gol musim lalu. Tetapi orang berkata: "Ah, tetapi anda tidak berjaya menjaringkan lima gol dalam Kejohanan Eropah.

Artikel Berkaitan:

"Jadi apa masalahnya? Saya sudah menjaringkan 130 gol. Saya penjaring terhebat dalam sejarah bola sepak.

"Tetapi saya akan ke tahap yang lebih tinggi. Tidak lama lagi, saya akan mempunyai 900 gol. Dan selepas itu, saya akan mencapai 1,000 gol.

"Berapa umur saya nanti? Mungkin 41 tahun, saya tidak tahu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!