Mesti ada 'roh' sebagai anggota polis
KOTA BHARU - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menjadi saksi majlis serah terima tugas pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby bagi menggantikan Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara wajib pada 31 Ogos ini.
Turut berlangsung majlis serah terima tugas Persatuan Keluarga Polis (Perkep) antara Datin Suzana Yashin dengan pemangku, Norainon Ramli yang disaksi oleh Pengerusi Perkep Polis Diraja Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.
Muhamad Zaki dalam ucapannya menyeru seluruh kakitangan keselamatan itu supaya mempunyai 'roh' sebagai anggota polis.
"Bila ada roh polis, perkara tidak sepatutnya berlaku dapat dielakkan. Menjadi polis bukan dipaksa tapi kita yang membuat pilihan.
"Insya-ALLAH dibawah kepimpinan baharu, saya yakin IPK Kelantan akan menjadi lebih baik selepas ini," katanya semasa Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!