Tular pekerja kedai serbaneka diserang dua lelaki

Tangkap layar rakaman video yang memaparkan seorang lelaki memukul pekerja kedai serbaneka dipercayai di Bentong.
Tangkap layar rakaman video yang memaparkan seorang lelaki memukul pekerja kedai serbaneka dipercayai di Bentong.
A
A
A

BENTONG - Tular satu rakaman video yang menunjukan seorang pekerja kedai serbaneka dipercayai diserang dua lelaki tanpa diketahui motif sebenarnya.

Video berdurasi dua minit dua saat dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi X pada Khamis.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) kedai serbaneka yang dipaparkan, kejadian berlaku pada waktu malam dan pekerja berkenaan didatangi dua lelaki berbaju putih dengan salah seorang memakai topi keledar.

Tangkap layar hantaran yang dimuatnaik seorang pengguna di aplikasi x pada Khamis.
Tangkap layar hantaran yang dimuatnaik seorang pengguna di aplikasi x pada Khamis.

Lelaki bertopi keledar meluru ke arah pekerja dalam keadaan marah dan bertindak memukul mangsa.

Sinar Harian bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada kejadian terbabit benar-benar berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar mengesahkan tiada laporan diterima berkaitan kejadian terbabit, setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!