PDRM serah kes saman RM100 juta kepada Peguam Negara

Sebelum ini bekas pegawai Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tiga anggota lain telah memfailkan writ saman dan tuntutan ganti rugi bernilai RM100 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Gambar kecil: Razarudin
Sebelum ini bekas pegawai Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tiga anggota lain telah memfailkan writ saman dan tuntutan ganti rugi bernilai RM100 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Gambar kecil: Razarudin
A
A
A

KOTA BHARU - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menguruskan kes melibatkan bekas Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md Zain serta tiga individu yang lain memfailkan saman berjumlah RM100 juta ke atas pasukan berkenaan.

Beliau berkata, pada masa sama pihaknya menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menjawab perkara tersebut.

"Bagaimanapun polis akan bekerjasama dengan Peguam Negara untuk mendapatkan afidavit berkait dengan kes berkenaan," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Sebelum itu beliau menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby menggantikan Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara wajib pada 31 Ogos ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Mat Zaki bersama tiga anggota lain telah memfailkan writ saman dan tuntutan ganti rugi bernilai RM100 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Writ saman dan tuntutan itu difailkan bagi tujuan ganti rugi khas, deklarasi dan permohonan maaf daripada 11 defendan di Mahkamah Tinggi Tawau melalui Messrs Lincon & Co, Sandakan pada 15 Ogos lalu.

Defendan terdiri daripada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah sebagai defendan pertama hingga keempat.

Turut dinamakan ialah Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin; Asisten Komisioner Ts Dr Mohd Hakim Hashom, Deputi Superintenden Yusman Shahri Marinsah dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani turut dinamakan sebagai defendan kelima hingga kelapan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, PDRM, Jabatan Peguam Negara dan kerajaan Malaysia pula sebagai defendan kesembilan hingga ke-11.

Menurut kenyataan Mat Zaki, tindakan itu diambil walaupun mereka telah dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan 302 Kanun Keseksaan kerana terbukti tidak bersalah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!