Jenazah penyelam TLDM dituntut ahli keluarga

Jenazah Arman San dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI).
Jenazah Arman San dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jenazah anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi pada Rabu dituntut ahli keluarga selepas proses bedah siasat selesai pada Khamis.

Jenazah Laskar Kelas 1 PLM Arman San Hermansa, 28, dituntut isterinya, Norazliana Bakric, 25, di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pada jam 12.50 tengah hari bagi urusan pengebumian di kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan jabatan perubatan forensik hospital berkenaan apabila kira-kira 100 ahli keluarga serta anggota dan pegawai TLDM hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

Sebahagian pegawai TLDM di perkarangan Unit Forensik HSI.
Sebahagian pegawai TLDM di perkarangan Unit Forensik HSI.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa dari HSI ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), menggunakan van jenazah TLDM sebelum diterbangkan ke Lapangan Terbang Tawau, Sabah menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Terdahulu TLDM dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian yang menimpa mangsa yang merupakan anggota penyelam ranjau dari Marks Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) TLDM.

Susulan insiden itu satu lembaga siasatan khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Artikel Berkaitan:

Jenazah Arman San dibawa menaiki van jenazah ke LTAS sebelum diterbangkan ke Lahat Datu, bagi urusan pengebumian.
Jenazah Arman San dibawa menaiki van jenazah ke LTAS sebelum diterbangkan ke Lahat Datu, bagi urusan pengebumian.

TLDM juga akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham.

Untuk rekod, KD Pendekar Tenggelam di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air, Ahad lalu.

Bagaimanapun, usaha pantas daripada komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru sebelum kapal itu tenggelam sepenuhnya di lokasi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!