Remaja maut nahas tujuh kenderaan di Pekan Nanas

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Sinar Harapan Batu 27, Pekan Nanas pada pagi Khamis. Foto JBPM
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Sinar Harapan Batu 27, Pekan Nanas pada pagi Khamis. Foto JBPM
A
A
A

PONTIAN - Seorang remaja yang menunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Sinar Harapan Batu 27, Pekan Nanas di sini, pada pagi Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan II, Bakhtiar Chik berkata, kemalangan membabitkan tiga motosikal, sebuah kereta Perodua Myvi, Alza, Toyota Fortuner dan Honda Civic.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.57 pagi, sebelum tujuh anggota dari BBP Pekan Nanas ke lokasi.

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Sinar Harapan Batu 27, Pekan Nanas pada pagi Khamis. Foto JBPM
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Sinar Harapan Batu 27, Pekan Nanas pada pagi Khamis. Foto JBPM

"Setibanya di lokasi, terdapat empat mangsa cedera dan seorang penunggang maut. Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Nurhakimi Mohd Rashidi, 18 tahun.

"Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota tiba di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!