Nasib berbeza tiga beregu campuran di Korea

Tang Jie (kiri) dan Ee Wei mara ke suku akhir Terbuka Korea setelah menewaskan pasangan Taiwai pada Khamis. Foto Agensi
Tang Jie (kiri) dan Ee Wei mara ke suku akhir Terbuka Korea setelah menewaskan pasangan Taiwai pada Khamis. Foto Agensi
A
A
A

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak positif apabila mara ke suku akhir Terbuka Korea Selatan di Seoul pada Khamis.

Kejayaan tersebut diraih selepas pilihan keempat kejohanan itu menumpaskan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh 21-16, 21-19 dalam tempoh 34 minit permainan di Stadium Tertutup Mokpo.

Bagaimanapun di sebalik kemenangan itu, Tang Jie masih belum berpuas hati dengan corak permainan mereka selain perlu memperbaiki beberapa kelemahan.

"Ada lagi kelemahan. Apabila lawan dapat mata, kita seakan hilang fokus. Ia perlu dipertingkatkan lagi," katanya.

Mereka akan membuat perhitungan dengan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk perebutan tempat ke separuh akhir.

"Tidak kisah siapa pun lawan, apa yang penting kami mahu fokus kepada permainan sendiri," ujar Tang Jie yang teruja bakal menentang rakan senegara dalam aksi suku akhir pada Jumaat.

Soon Huat-Shevon Lai yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan mara ke suku akhir selepas mengalahkan pasangan Taiwan, Chen Zhi Ray-Yang Ching Tun 13-21, 17-21.

Bagaimanapun skrip berbeza buat Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila tersingkir daripada saingan selepas tewas kepada wakil Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Li Ling Fang yang mempamerkan kebangkitan 21-14, 16-21, 14-21 selama 53 minit permainan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!