Tanah jerlus: Menteri Wilayah dijangka adakan sidang media petang ini

Sulizmie Affendy (kiri) ketika ditemui pemberita di lokasi tragedi tanah jerlus dekat Jalan Masjid India pada Khamis.
Sulizmie Affendy (kiri) ketika ditemui pemberita di lokasi tragedi tanah jerlus dekat Jalan Masjid India pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dijangka akan mengadakan sidang akhbar di lokasi tragedi tanah jerlus dekat Jalan Masjid India di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, perkembangan terkini akan dimaklumkan menerusi sidang akhbar berkenaan.

"Beliau menghadiri mesyuarat kira-kira jam 3 petang dan akan ada satu sidang media berkaitan," katanya ringkas pada Khamis.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan memaklumkan kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) diteruskan dalam misi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah jerlus yang memasuki hari ketujuh.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, kerja-kerja menggunakan alat itu dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Menurut beliau, kerja-kerja melalui kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) diteruskan sehingga selesai.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada Khamis dengan petunjuk berkaitan halangan berupa objek yang dikesan antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua.

Bagaimanapun difahamkan penyelaman yang dilakukan anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) kira-kira jam 3.05 pagi belum lagi menemukan sebarang perkembangan positif.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan juga usaha pengepaman air dekat kawasan tanah jerlus sebelum itu dijalankan pihak Indah Water Konsortium (IWK) sebelum penyelaman dilakukan.

Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!