Anggota bomba lengkap PPE teruskan SAR dalam loji IWK

Anggota bomba memakai sut PPE lengkap dengan alatan pernafasan bagi meneruskan pencarian mangsa di loji IWK Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Khamis.
Anggota bomba memakai sut PPE lengkap dengan alatan pernafasan bagi meneruskan pencarian mangsa di loji IWK Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lengkap pakaian perlindungan diri (PPE) dan alat bantuan pernafasan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini, pada Khamis.

Mereka dilihat mula memakai PPE kira-kira jam 1.50 tengah hari dengan bantuan anggota JBPM yang lain.

Difahamkan, beberapa perbincangan juga dibuat di lokasi bagi kelancaran operasi SAR di loji berkenaan.

Operasi SAR oleh anggota yang lengkap PPE dijalankan secara berganti-ganti sejak jam 10.30 pagi bergantung kepada situasi di dalam loji berkenaan.

PPE khas yang hanya boleh digunakan sekali itu dipakai berikutan terdapat gas beracun dan mudah terbakar seperti gas hidrogen sulfida dan gas metana di tangki besar yang menyimpan sisa kumbahan warga kota.

Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat sebuah jentera FRT dan van JBPM serta kira-kira 12 anggota bomba yang sedang bersiap untuk memulakan operasi.

Dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, mangsa seorang wanita warga India iaitu G Vijaya Lakshmi, 48, dilaporkan hilang.

JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan membabitkan insiden itu pada jam 8.22 pagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!