Tanah mendap di Kampung Attap gambar lama

Gambar tular memaparkan kejadian tanah mendap dekat Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap di sini.
Gambar tular memaparkan kejadian tanah mendap dekat Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kejadian tanah mendap, dekat Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap yang tular di media sosial merupakan gambar lama.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan memaklumkan kerja pembaikan di jalan yang dinyatakan itu telah dibaik pulih.

"Semakan dijalankan DBKL mendapati gambar tular terbabit merupakan kejadian lama dan kerja-kerja pembaikan berkaitan kerosakan jalan itu telah dijalankan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi kenyataan ringkas memaklumkan pihaknya tidak menerima laporan berkaitan kejadian itu.

Sementara itu, usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India di Jalan Masjid India masih dijalankan setakat ini.

Media turut melaporkan satu lagi lubang dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus dekat Jalan Masjid India di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!