Bayi lelaki ditinggalkan atas sofa surau pada waktu Maghrib

Bayi lelaki ditinggalkan atas sofa surau.
Bayi lelaki ditinggalkan atas sofa surau.
A
A
A

NILAI - Seorang bayi lelaki dipercayai berusia antara seminggu ke dua minggu ditemui ditinggalkan di sebuah surau di Nilai 3 di sini pada Rabu.

Bayi yang cukup sifat dan dalam keadaan sihat itu ditemui oleh seorang jemaah di atas sofa surau seusai solat Maghrib kira-kira jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerima maklumat berhubung penemuan bayi terbabit jam 8.14 malam.

"IPD Nilai telah dihubungi oleh seorang lelaki memaklumkan menjumpai bayi itu dalam keadaan berselimut dengan kain di dalam sebuah surau.

Pasukan perubatan tiba di lokasi bagi memeriksa keadaan bayi berkenaan.
Pasukan perubatan tiba di lokasi bagi memeriksa keadaan bayi berkenaan.

"Siasatan awal mendapati, bayi tersebut diletakkan oleh individu tidak pasti di atas sofa surau pada waktu solat Maghrib," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, suspek kemudiannya beredar dari surau dengan menaiki kenderaan jenis tidak pasti.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD di talian 06-790 4389," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!