45 kes guru ditipu di Pahang babit kerugian RM1.2 juta

Yahaya ketika berucap pada dialog awam Seminar Cakna Anti-Scam (Kenapa Terus Jadi Mangsa?) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan di Kuantan pada Khamis.
Yahaya ketika berucap pada dialog awam Seminar Cakna Anti-Scam (Kenapa Terus Jadi Mangsa?) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan di Kuantan pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 45 kes penipuan melibatkan golongan pendidik telah dicatatkan Polis Pahang dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, dengan nilai kerugian mencecah RM1.2 juta.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, jumlah kes penipuan ini menunjukkan penurunan berbanding 61 kes yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lalu dengan kerugian RM1.45 juta.

Menurutnya, secara keseluruhan Pahang turut mencatatkan sebanyak 1,228 kes jenayah komersial membabitkan RM59 juta dalam pelbagai sektor pekerja.

"Data menunjukkan penurunan melibatkan kes tipu para guru, tetapi ada peningkatan nilai kerugian secara keseluruhan mangsa daripada pelbagai sektor dalam jenayah ini (komersial).

"Jadi, ini memberi gambaran memberi gambaran bahawa kes seumpama ini masih belum reda," katanya.

Beliau berkata demikian dialog awam Seminar Cakna Anti-Scam (Kenapa Terus Jadi Mangsa?) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan di sini pada Khamis.

Sebahagian warga pendidik yang menyertai dialog awam Seminar Cakna Anti-Scam (Kenapa Terus Jadi Mangsa?) Peringkat Negeri Pahang 2024.
Sebahagian warga pendidik yang menyertai dialog awam Seminar Cakna Anti-Scam (Kenapa Terus Jadi Mangsa?) Peringkat Negeri Pahang 2024.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, Saufie Abdul Manaf dan Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Shahrum Md Saud serta warga pendidik.

Artikel Berkaitan:

Yahaya memberitahu, kebanyakan penipuan yang dilakukan ialah membabitkan kes pelaburan dan pembelian barang tidak wujud serta `Macau Scam'.

"Kebiasaan kes tipu pelaburan ini tertumpu kepada mereka bersara dan mengakibatkan kerugian yang banyak," katanya.

Menyentuh mengenai dialog awam anti- Scam, Yahaya memberitahu, ia diadakan bagi mempertingkatkan kesedaran dan memberi pendedahan kepada warga pendidik khususnya tentang modus operandi serta trend terbaru aktiviti jenayah kolar putih pada era zaman moden ini.

Yahaya (duduk, tengah) bersama warga polis dan pendidik.
Yahaya (duduk, tengah) bersama warga polis dan pendidik.

Jelasnya, program ini diharap dapat memberi semaksima input yang boleh dijadikan panduan dan pedoman kepada mereka sekiranya berhadapan dengan cubaan untuk ditipu atau diperdaya oleh scammer kelak.

"Kita akan memberikan penerangan dan pencegahan dari semasa ke semasa untuk mengelak mereka menjadi mangsa.

"Guru bukan sahaja bertanggungjawab untuk mendidik anak murid, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan diri kita serta rakan-rakan sejawat daripada menjadi mangsa penipuan ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!