Tanah jerlus: Kementerian Kerja Raya bantu khidmat nasihat

Ahmad (tiga dari kanan) mencabut undi kerja bagi Program Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia - Zon Selatan Tahun 2024 di JKR Kluang, pada Khamis.
Ahmad (tiga dari kanan) mencabut undi kerja bagi Program Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia - Zon Selatan Tahun 2024 di JKR Kluang, pada Khamis.
A
A
A

KLUANG - Kementerian Kerja Raya akan menyediakan khidmat nasihat pakar bagi membantu usaha pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kementeriannya sentiasa bersedia memberikan bantuan walaupun kejadian tanah jerlus itu berlaku di kawasan seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Mesyuarat Kabinet pada Rabu meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memberikan nasihat pakar. Perbincangan telah diadakan dengan pegawai yang dipanggil beberapa kali ke lokasi kejadian di Jalan Masjid India.

"Nasihat serta pandangan tertentu diberikan dan diharap mangsa yang hilang dapat ditemui segera," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan cabutan undi bagi Program Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia - Zon Selatan Tahun 2024 di JKR Kluang di sini, pada Khamis.

Jumaat lalu, seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu penyelenggaran jalan di kawasan terjejas antara aspek penting yang perlu dilakukan.

"Perkara yang patut dibuat jangka masa pendek dan jangka masa panjang sudah tentu penyelenggaraan jalan. Oleh itu, nasihat dan pandangan akan diberikan mengenainya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau memberitahu kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan penyelenggaraan jalan Persekutuan seluruh Semenanjung Malaysia sebanyak RM100 juta bagi memperkasa Kontraktor Bumputera G1-G4 pada awal bulan ini.

“Bagi Zon Selatan, sebanyak 18 kerja Berkala Pavemen bernilai RM15.06 juta ditawarkan dengan Johor 10 kerja (RM8.05 juta), Melaka melibatkan dua kerja (RM1.61 juta) dan Negeri Sembilan sebanyak enam kerja (RM5.4 juta).

“Kerja-kerja penyenggaraan jalan Berkala Pavemen melibatkan kerja pembaikan turapan dan struktur jalan yang rosak menggunakan pelbagai teknik yang bertepatan dengan jenis kerosakan seperti mill & pave, overlay, pembinaan semula struktur jalan (reconstruction) dan menurap semula turapan jalan.

“Manakala bagi Berkala Bukan Pavemen, sebanyak 36 kerja bernilai RM6.5 juta ditawarkan. Pecahannya ialah Johor 19 kerja (RM3.7 juta), Melaka 6 kerja (RM555,000) dan Negeri Sembilan 11 kerja (RM2.245 juta),” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!