Penjawat awam rugi RM119,300 ditipu 'pegawai keselamatan siber'

Seorang penjawat awam wanita kerugian RM119,300 akibat diperdaya scammer yang menyamar sebagai pegawai keselamatan siber dan pegawai polis.Gambar hiasan, gambar kecil: Bahrin
Seorang penjawat awam wanita kerugian RM119,300 akibat diperdaya scammer yang menyamar sebagai pegawai keselamatan siber dan pegawai polis.Gambar hiasan, gambar kecil: Bahrin
A
A
A

KLUANG - Seorang penjawat awam wanita kerugian RM119,300 akibat diperdaya scammer yang menyamar sebagai pegawai keselamatan siber dan pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa berusia 54 tahun telah dihubungi pada Mei lalu, didakwa terbabit dalam jenayah penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram bernilai RM2.68 juta.

"Disebabkan bimbangkan keselamatan diri, mangsa kemudian mengikut permintaan suspek supaya mengisi maklumat perbankan diri dalam pautan yang kononnya aplikasi Bank Negara Malaysia (BNM).

"Pada malam 5 Jun, mangsa menerima mesej terdapat 12 transaksi secara atas talian melibatkan akaun bank milik mangsa berjumlah RM119,300.

"Mangsa mengesyaki dirinya ditipu dan tampil membuat laporan polis pada 23 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, polis telah membuka satu kertas siasatan dl bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan ke atas laporan polis tersebut yang mana jika disabit kesalahan boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara dan sebatan atau dengan denda.

“Polis Daerah Kluang menyeru orang awam agar lebih berhati-hati terutama apabila menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!