Suri rumah dibunuh, maut akibat tekanan pada leher

Sebelum ini seorang wanita yang dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini. Gambar kecil: Yahaya
Sebelum ini seorang wanita yang dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini. Gambar kecil: Yahaya
A
A
A

KUANTAN - Kes seorang suri rumah yang ditemukan mati dengan kesan jerutan pada leher di bilik tidurnya di Indera Mahkota pada 15 Ogos lalu kini disahkan mempunyai unsur jenayah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, wanita berusia 28 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat tekanan pada leher.

“Siasatan awal menunjukkan terdapat kesan jerutan pada leher mangsa dan laporan bedah siasat mengesahkan adanya tekanan pada leher yang menandakan unsur jenayah.

"Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas dialog awam Seminar Cakna Anti-Scam (Kenapa Terus Jadi Mangsa?) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan di sini pada Khamis.

Yahaya memaklumkan kesemua ahli keluarga mangsa yang ditahan sejak 16 Ogos lalu iaitu bapa kandung, suami, bapa dan ibu mertuanya telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu.

Jelasnya, setakat ini, polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut untuk mendapatkan petunjuk baharu.

“Mayat mangsa sudah boleh dituntut namun kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan keterangan baharu.

Artikel Berkaitan:

"Kalau ada apa-apa maklumat kita akan maklumkan,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mangsa dikatakan hilang pada 15 Ogos lalu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya di rumah itu sekitar jam 7.30 malam itu.

Laporan polis berkaitan kehilangannya dibuat bapa mangsa pada 3.25 petang hari yang sama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!