Tsugutoshi Seko dilantik sebagai Pengarah Urusan AEON BiG

TSUGUTOSHI SEKO
TSUGUTOSHI SEKO
A
A
A

SHAH ALAM - AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) mengumumkan pelantikan Tsugutoshi Seko sebagai Pengarah Urusannya berkuat kuasa pada 1 September ini.

Seko menggantikan Sheikh Farouk Sheikh Mohamed yang telah menerajui syarikat selama dua tahun. Beliau memulakan kerjayanya di AEON Co. Ltd Jepun pada 1993 dan mempunyai pengalaman luas serta rekod pencapaian cemerlang di Kumpulan AEON.

Beliau dilantik sebagai Pengurus Jabatan Sumber Manusia Kumpulan sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Jabatan Sumber Manusia Kumpulan pada 2015.

Seko pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Kanan, AEON (Cambodia) Co.Ltd. dari 2018 hingga 2021 dan kemudian sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan AEON (Cambodia) Co., Ltd.

Sebelum menyertai AEON BiG, Seko memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD. yang memainkan peranan penting dalam menerajui pengawalseliaan dan penambahbaikan proses di AEON.

AEON BiG dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Seko merupakan satu detik penting bagi AEON BiG dan syarikat yakin di bawah kepimpinan beliau, AEON BiG akan terus menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai hebat kepada pelanggannya.

“AEON BiG ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sheikh Farouk Sheikh Mohamed atas khidmat bakti dan kepimpinannya sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

“Di bawah bimbingan beliau, AEON BiG telah mencapai pelbagai pencapaian penting dan memupuk budaya kecemerlangan serta inovasi. Komitmen beliau yang tidak berbelah bahagi terhadap organisasi telah meninggalkan kesan yang kekal dan kami mengharapkan kejayaan berterusan dalam usaha beliau yang akan datang,”katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!