[VIDEO] Al-Quran lahirkan generasi beramal, cemerlang

A
A
A

JOHOR BAHRU - Rakyat di negara ini perlu menjadikan al-Quran sebagai pembimbing dan panduan hidup dalam usaha membentuk generasi yang beramal.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Kamarudzaman Abd Mubin berkata, umat Nabi Muhammad SAW perlu sentiasa berdamping dengan al-Quran dari semasa ke semasa.

Para tetamu membaca Surah al-Jumua'ah.
Para tetamu membaca Surah al-Jumua'ah.

“Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, tapi ditadabburkan untuk menghayatinya dan menjadikannya sebagai amalan hidup kita.

Kamarudzaman
Kamarudzaman

“Generasi hari ini nampaknya semakin jauh dengan al-Quran dan sebab itulah kita perlu terus sebar luaskan program Malaysia #QuranHour agar jadi satu budaya.

“Walaupun, ia dianjurkan di Masjid Bandar Seri Alam ini, tetapi impaknya kita harap akan sampai kepada masyarakat bahawa al-Quran itu adalah mukjizat sepanjang zaman,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamarudzaman berkata demikian ketika ditemui sempena program Malaysia #QuranHour di Masjid Bandar Seri Alam, pada Khamis yang dihadiri kira-kira 1,400 peserta.

Artikel Berkaitan:

Program Malaysia #QuranHour kali ini menjadikan Surah Al-Jumua’ah, surah ke-62 mengandungi 11 ayat sebagai tema utama.

Shahrizan
Shahrizan

Sementara itu, menurut Pengerusi Masjid Bandar Seri Alam, Shahrizan Jaafar, pemilihan surah berkenaan juga dilihat bertepatan seiring keadaan masyarakat hari ini.

“Ketika ceramah, penceramah memberitahu masalah yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.

“Sebagai contoh, masalah menghisap vape dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh itu, diharapkan budaya seperti ini dapat dihapuskan dan seterusnya menyelamatkan generasi muda umat Islam,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!