Bekas pengurus didakwa 26 pertuduhan menipu babit RM6.2 juta

Kompleks Mahkamah Tawau.
Kompleks Mahkamah Tawau.
A
A
A

TAWAU - Bekas pengurus pemasaran sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas 26 pertuduhan menipu membabitkan wang keseluruhan RM6.2 juta sejak tahun lepas.

Mok Chuang Leon, 36, didakwa menipu dan memperdaya kerani di syarikat tempatnya bekerja untuk menyerahkan wang berkenaan dengan mengemukakan penyata jualan buah kelapa sawit tidak benar oleh dua syarikat antara Februari tahun lepas hingga Februari tahun ini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Perdana Square Commercial Centre, Batu 3 1/2 Jalan Apas, Tawau mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Don Stiwin Malanjum membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin serta menetapkan 8 dan 10 Okt ini untuk sebutan semula dan pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Jeffery Kadisun manakala tertuduh diwakili peguam Chen Wen Jye. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!