205 PATI masuk 'perangkap' Imigresen

Sebahagian PATI yang ditahan ketika operasi dilakukan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di sekitar ibu negara, awal pagi tadi.
Sebahagian PATI yang ditahan ketika operasi dilakukan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di sekitar ibu negara, awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 205 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk enam kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam serbuan berasingan di sekitar ibu negara, awal pagi tadi.

Pengarahnya, Hamidi Adam berkata, tiga buah lokasi iaitu pusat hiburan di Desa Sri Hartamas, rumah pangsa di Taman Desa Cheras dan penempatan haram di Jalan Segambut Dalam digempur dalam Op Sapu, Op Pintu dan Op Gegar bermula jam 1 pagi.

Menurutnya, penahanan tersebut membabitkan 150 warga Indonesia, Thailand (33), Bangladesh (16), Filipina (tiga), India (dua) dan Laos (satu) yang berusia dari 1 hingga 48 tahun.

Pusat hiburan, rumah pangsa dan penempatan haram di Jalan Segambut Dalam digempur dalam Op Sapu, Op Pintu dan Op Gegar bermula jam 1 pagi.
Pusat hiburan, rumah pangsa dan penempatan haram di Jalan Segambut Dalam digempur dalam Op Sapu, Op Pintu dan Op Gegar bermula jam 1 pagi.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah tinggal lebih masa, salah guna pas lawatan sosial, gagal mengemukakan dokumen yang sah serta disyaki memiliki pas dan permit palsu.

"Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, siasatan mendapati pusat hiburan terbabit disyaki menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing sebagai peneman berhibur.

Artikel Berkaitan:

Seramai 205 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak dan bayi ditahan Imigresen dalam serbuan tiga lokasi berasingan.
Seramai 205 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak dan bayi ditahan Imigresen dalam serbuan tiga lokasi berasingan.

"Kita juga berjaya mengesan pemilik premis di Jalan Segambut Dalam yang memberi sewa kepada warga asing untuk tinggal di penempatan tersebut secara haram dengan bayaran bilik RM220 sehingga RM480 sebulan.

"Kita percaya penempatan haram ini sudah mula berkembang sejak dua tahun lalu," katanya.

Hamidi berkata, siasatan masih dijalankan dan operasi akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras lambakan PATI.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!